Kenali Jenis- Jenis graf

 Nurul Qurratu'ain Binti Sidek

BM3 SJKC 2


Apakah itu graf?


Graf ialah sesuatu yang menggambarkan hubungan antara dua atau lebih pemboleh ubah,sebagai contoh, untuk mewakili data saintifik. Graf digunakan dalam pelbagai jenis cara yang bertujuan untuk mencatat, membezakan atau menghubungkan maklumat yang banyak. 


Graf terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:




Berikut adalah contoh-contoh graf dan syarat menggunakan graf tersebut:


GRAF BAR ๐Ÿ’—


Graf bar biasanya digunakan untuk membandingkan peratusan atau bilangan. Maklumat yang banyak dan berbeza dapat disatukan menjadi graf yang lebih mudah dilihat hasilnya. 

- Mesti letakkan tajuk graf dan namakan perkara yang direkod pada kedua-dua bahagian paksi graf.
- Letakkan kotak penunjuk untuk memudahkan pembaca . 
- Warnakan bar graf untuk memudahkan proses pembacaan dan menarik lagi perhatian pembaca. 



2. CARTA PAI ๐Ÿ’™

Carta Pai biasanya digunakan untuk menggambarkan maklumat yang mempunyai peratusan

- Semakin besar bilangan, semakin besar ruangannya didalam bulatan itu.

- Pembahagi berbentuk segi tiga seperti Pizza.

- Setiap bahagian diwarnakan berbeza-beza. Nama-nama maklumat biasanya ditulis pada petunjuk. Hanya peratusan atau nombor ditulis pada bulatan graf. 


3. Piktograf ๐Ÿ’š



Piktograf adalah graf berbentuk jadual juga dikenali sebagai graf bergambar. Didalam kotak graf biasanya dilukis simbol yang mengambarkan maklumat tersebut.

- Biasanya digunakan untuk membezakan maklumat objek yang sama tetapi masa yang berlainan.

- Petunjuk diletakkan dibahagian bawah graf.

- Graf dilukis menggunakan simbol yang menyerupaikan maklumat ditulis sebagai contoh "Buku = ๐Ÿ“–"

4. Graf Ogif ๐Ÿ’›



Graf ogif digunakan dalam statistik. Ogif adalah satu graf yang lurus dan melengkung
- Ogif sentiasa menaik ke atas.
- Juga mempunyai paksi X dan Y.
- Mesti plotkan titik yang terhasil dahulu untuk melakar graf ogif.
- Graf dilukiskan secara bebas atau boleh juga menggunakan pembaris lembut.

5. Poligon 



Poligon juga merupakan Graf yang digunakan dalam bab statistik. Untuk mendapatkan graf poligon, graf bar perlu dilakarkan terlebih dahulu. 

- Graf ini menyambungkan titik-titik tengah graf bar atau graf histogram.

- Disambungkan menggunakan pembaris untuk mendapatkan garis bersegi-segi

- Bertujuan untuk memudahkan kita melihat peningkatan dan penurunan maklumat didalam graf. 


Uji Minda 

Link 

http://gg.gg/ujimindablog

atau

scan QR code dibawah;





Comments